Mengapa Anda Perlu Menyertai Takaful?
1. Sebagai satu perlindungan sekiranya musibah menimpa diri dan keluarga
2. Suatu bentuk simpanan dan pelaburan jangka panjang
3. Suatu bentuk perlindungan kepada pendapatan anda
4. Menolong mereka yang dalam kesusahan
5. Menguatkan ukhuwah sesama umat Islam
6. Bersesuaian dengan konsep tawakkal, di mana setiap manusia perlu berusaha dalam setiap pekerjaannya
Konsep Takaful
Takaful adalah satu pakatan sekumpulan orang ramai yang berjanji untuk saling bantu membantu di antara satu sama lain. Di dalam sistem takaful peserta bukannya membeli satu polisi insurans seperti kebanyakan sistem konvensional. Di sini para peserta bersetuju untuk menyertai suatu pakatan di mana mereka bersetuju untuk mendermakan sebahagian dari sumbangan mereka ke dalam satu tabung yang akan digunakan untuk membantu mereka yang ditimpa musibah.
Bersesuaian dengan firman Allah,
"...Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan takwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)."
(Al-Maidah, 2)
Oleh itu tujuan sistem takaful diwujudkan adalah untuk mewujudkan persaudaraan yang erat di kalangan ummat berlandaskan lunas-lunas syariah. Konsep ini dapat direalisasikan dengan persetujuan setiap peserta untuk bersama-sama menanggung risiko antara satu sama lain.
Kesimpulannya, sifat mementingkan diri sendiri seharusnya tidak wujud di kalangan peserta takaful.
Sistem Takaful
1.Tertakluk kepada Akta Takaful 1984
2.Peserta dikehendaki membayar sumbangan berdasarkan konsep tabarru'at (derma)
3.Pihak Syarikat merupakan Pengendali risiko
4.Penyertaan Takaful adalah merupakan satu akad di antara Peserta dan Pengendali risiko
5.Terdapat satu Majlis Pengawasan Syariah yang bertanggungjawab memastikan segala transaksi Syarikat berpandukan Syariat Islam
6.Tidak ada unsur riba, maisir(judi) dan gharar (tidak jelas) terlibat
Untuk keterangan lebih lanjut tentang insurans hayat dan takful serta anggaran caruman mengikut kemampuan anda, sila hubungi saya di talian 0193380933 atau isi borang maklumbalas di bawah.