Sediakan payung sebelum hujan...
Salam dan selamat datang ke insuranshayat.blogspot.com!
Tujuan blog ni diwujudkan selain membuka lebih ruang untuk mendapatkan kenalan dan pelanggan, ianya juga sebagai tempat untuk berkongsi maklumat berkaitan insurans hayat dan juga produk-produk Prudential dan Takaful.
Bagi yang dah menyedari kepentingan memiliki polisi perlindungan insurans hayat dan memilikinya, tahniah kepada anda kerana telah membuat perlaburan paling penting dan tepat, yakni melabur untuk perlindungan diri sendiri dan mereka yang tersayang.
Bagi yang sedar tentang kepentingannya tapi belum membeli polisi, maka sayalah individu yang patut anda hubungi dengan segera.
Dan bagi mereka yang masih merasakan insurans hayat itu tak penting dan lebih berupa pembaziran dan mempunyai macam-macam alasan lagi untuk TIDAK membeli polisi perlindungan hayat, maka teruskan membaca semoga persepsi anda tentang insurans hayat akan berubah.
Sebenarnya antara punca kenapa masih ramai yang gagal memiliki perlindungan insurans hayat adalah;
1) Kurangnya pengetahuan tentang kepentingan insurans hayat dan,
2)Menganggap membeli polisi insurans hayat hanya menambah beban keatas perbelanjaan bulanan.
Jadi jika selama ini kita dihantui bermacam-macam alasan untuk TIDAK membeli insurans hayat, jadi sekarang saya nak bagi pula 5 alasan kenapa MESTI beli polisi insurans hayat.
Alasan Pertama
Bil elektrik, air, hutang kereta, pinjaman perumahan, cukai pintu, cukai tanah, Astro? Mesti dan tetap kene bayar kan? Ini aja dah jadi alasan utama kenapa mesti ada insurans hayat. Maksudnya JIKA anda 'pergi' tiba-tiba, semua itu akan dibayar dengan wang pampasan, jadi taklah meninggalkan anak isteri terkapai-kapai menanggung hutang anda!
Alasan Kedua
Anda masih muda, sihat dan cergas? Inilah masa terpaling sesuai anda beli polisi insurans hayat! Sebab dengan status begini, premium anda sangat rendah dan jika polisi membenarkan anda membayar premium dengan kadar yang sama sehingga berusia 65 tahun, anda akan ada simpanan yang boleh tahan jumlahnya. Maksudnya, lagi awal anda bermula, maka lagi untung sebenarnya.
Alasan Ketiga
Dah kahwin? Mesti sayang kan kat pasangan anda? Jadi kalau ye, pastikanlah yang pasangan anda dan anda sendiri tak perlu risau soal duit ringgit SEANDAINYA anda atau pasangan anda 'pergi' dulu. Ada satu kes, satu pasangan telah batalkan polisi mereka, tapi malangnya, si suami menghidap barah usus, dan setahun kemudian, si suami 'pergi tak kembali'... meninggalkan isteri dan dua anak yang masih bersekolah menanggung segala hutang piutang... tak ada simpanan pulak tu. Nak ke pasangan anda kelak menanggung situasi macam ni jugak?
Alasan Keempat
Anda tak mampu beli polisi insurans hayat? Banyak hutang dan tanggungan? Pendapatan kecil tapi anak ramai? Kalau macam tu, sebenarnya andalah yang paling 'wajib' sekali beli polisi insurans hayat. Sebab anda tak mampu itulah anda mesti ada perlindungan sebab belanja perubatan boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit. Orang kaya, kalau sakit mereka ada simpanan yang banyak dan boleh menanggung sendiri perbelanjaan perubatan. Pasal mereka mampu. Kalau yang tak mampu? Buat tabung derma kilat demi meraih simpati orang lain? Kalau dapat, kalau tak, mereput atas katil je la. Kan? Lepas tu, anak-anak pulak macam mana? Dah lah hilang sumber pendapatan keluarga, mana nak cari duit nak tampung kos perubatan anda sekiranya anda tak ada polisi insurans hayat?
Alasan Kelima
Jiwa anda lebih tenang bila ada perlindungan insurans hayat. Tak lagi risau-risau "apa la jadi anak bini kalau aku tetiba aja 'pergi'"... Perasaan bila memiliki polisi insurans hayat seolah-olah seperti berjaya membuang 30 kilogram 'beban' yang anda pikul selama ini.. Betul.. Anda rasa terjamin, selamat dan tenang. Jiwa anda tidak sekacau dahulu.
Sebenarnya ada banyak lagi alasan kenapa anda MESTI memiliki polisi perlindungan insurans hayat, tapi yang ini aja lah yang saya mampu fikirkan supaya anda faham dan tahu kepentingannya.
Insurans hayat kini bukan lagi satu kehendak, tapi sebenarnya satu keperluan. Sama macam insurans kenderaan, rumah dan lain-lain lagi. Sampai TV, peti sejuk, mesin basuh pun ada yang sanggup menginsuranskan perkakas-perkakas tu sebab 'sayang'.
Tapi tanya diri anda sendiri, kenapa kereta, motor, rumah dan segala harta benda sanggup diinsuranskan, sedangkan anda 'sampai hati' tidak menginsuranskan harta nombor satu anda, yaitu DIRI SENDIRI?
Jangan tunggu lagi, lindungi diri dan yang tersayang segera!
No comments:
Post a Comment